Sunday 31 May 2015

Kata-kata Hikmah Pasangan

Assalamualaikum Haii ... first meet :-)
Kali ni nak kongsi katakata Hikmah Cinta.

1. Sekiranya kita menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan Manusia. Menjaga hubungan dengan manusia bukan sahaja bermaksud rapat, tetapi juga bermaksud menjarakkan kita dengan manusia yang akan menjauhkan kita dengan Allah.
2. Marah-marah paling manis itu adalah pertengkaran suami isteri. Marah-marah dan akhirnya apabila bersama semula, terasa begitu manis.
3. Rumah tangga bukan la perjalanan yang kaku dan bosan, sebaliknya perjalanan yang penuh liku, kerana liku-liku itu yang melahirkan cinta dan bahagia.
4. Bagi mendapatkan bahagia, kita perlu bersabar. Bagi mendapatkan sabar kita perlu bersyukur. Bagi mendapatkan syukur pula, kita perlu sentiasa ingat kepada Allah.
5. Kadang kala orang yang menyintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya kepadamu. Kerana orang itu takut engkau berpaling dan menjauhinya. Dan bila suatu masa dia hilang dari pandanganmu, kau akan menyadari dia adalah cinta yang tak pernah engkau sadari.
6. Bila dua hidup telah sebati,akan susah untuk dileraikan.oleh itu memaafkan adalah jalan terbaik daripada bermusuhan.

      Sekian sahaja :-)

No comments:

Post a Comment