Sunday 31 May 2015

Kata-kata pembakar semangat Mix

Assalamualaikum haii.. second meet taraah :-)
Kali saya nak kongsi tentang pembakar semangat.. sesuai untuk student ...

* kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya. Yeeaahh, yes i can !

* Diam-diam ubi berisi diam orang yang berilmu kerana berfikir
   Diam-diam penggali karat diam orang yang bodoh hanya siasia sahaja

* sekiranya ada kemahuan maka ada sahaja jalan untuk melakukannya. Tetapi, jika hati tidak mahu maka, ada sahaja Alasan untuk tidak melakuakannya.

* when there is a will, there is a way

*give everything you have To everything yo do

*salah satu yang dimiliki oleh juara ialah mereka yang sentiasa bersikap positif

*dimana ada kemahuan, di situ ada 'A' one

  | sekian sahaja ..

Seloka pelajar pra universiti

Nak kongsi sikit tentang pelajar kelas saya yang nakal belaka..
Terima la seloka kami ...

Ahlan wassallan kepada semua,
Mari sini dengar seloka,
Seloka dikarang untuk semua,
Sebelum itu Assalamualaikum ya.

Ibunda kami manis orangnya,
Sekali marah kecut semua,
Bersifat tegas dan caring orangnya,
Puan Naidah itulah namanya.

Sadan bachok monitor kami,
Orangnya kalut tidak terperi,
Walau hidup selalu buzy,
Namun tetap happy go lucky.

Beralih pulak ke assistant kami,
Pendek orangnya perasan tinggi,
Menjalankan tanggungjawab malas sekali,
NurAtika RAjak empunya diri.

Ceti haram dikelas kami,
Menagih kesana,menagih kesini,
Serupa ahlong mengutip cukai,
Itulah asmaini bendahari kami.

Tinggi lampai kurus orangnya,
Dikata pendiam tidak juga,
Hitam manis warna kulitnya,
Noorliliana empunya nama.

Norsahila pendiam orangnya,
Amat sukar untuk bersuara,
Bila dipanggil blur sahaja,
Comellah juga orannya.

Marlia dan Azliana duduk bersama,
Bila berborak lupa dunia,
Dimana-mana suka bersatu,
Bila berbicara berbahasa bajau.

Sungguh ganas gadis ini,
Setiap tindakan mencuit hati,
Si Erra si penakut kucing di kelas kami,
Tapi dialah juga taiko kami.

Seorang lagi kakak ini,
Baru masuk kelas kami,
Penjual nasi kuning tauke kelas kami,
Syazrina namanya pengenyang perut kami.

Alkisah seterusnya pasal seorang ni,
Amaoi pendiam baik hati,
Time balajar serius sekali,
Itulah sapina yang dikenali.

Tibalah pula giliran dia,
Mohamad Amri empunya nama,
Orangnya memang suka bergaya,
Tidak mengira tempat dan masa.

Diam-diam ubi berisi,
Suara merdu macam lelaki,
Tapi awas sudah berpunya,
Pendek orangnya Aniesah namanya.

Raiman orangnya suka termenung,
Dalam kelas ada penjaga,
Masa belajar selalu berangan,
Bila disoal tidak tahu apa-apa.

Lelaki pemalu dikelas kami,
Mohamad sarejan diberi nama
Sekali bersuara terdiam kami,
Bukanya apa nak dengar suara.

Jasman bari tinggi orangnya,
Hidung tinggi serupa Avatar,
Budak Atlit trip power,
Rajah tidur dialah orangnya.

Sekian sahaja seloka saya,
Harap terhibur bila membaca,
Ini hanya gurauan semata,
Harap maaf semoga suka.

  Sekian sahaja seloka saya ..
(Pelajar smkTungku lahad Datu

Kata-kata Hikmah Pasangan

Assalamualaikum Haii ... first meet :-)
Kali ni nak kongsi katakata Hikmah Cinta.

1. Sekiranya kita menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan Manusia. Menjaga hubungan dengan manusia bukan sahaja bermaksud rapat, tetapi juga bermaksud menjarakkan kita dengan manusia yang akan menjauhkan kita dengan Allah.
2. Marah-marah paling manis itu adalah pertengkaran suami isteri. Marah-marah dan akhirnya apabila bersama semula, terasa begitu manis.
3. Rumah tangga bukan la perjalanan yang kaku dan bosan, sebaliknya perjalanan yang penuh liku, kerana liku-liku itu yang melahirkan cinta dan bahagia.
4. Bagi mendapatkan bahagia, kita perlu bersabar. Bagi mendapatkan sabar kita perlu bersyukur. Bagi mendapatkan syukur pula, kita perlu sentiasa ingat kepada Allah.
5. Kadang kala orang yang menyintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya kepadamu. Kerana orang itu takut engkau berpaling dan menjauhinya. Dan bila suatu masa dia hilang dari pandanganmu, kau akan menyadari dia adalah cinta yang tak pernah engkau sadari.
6. Bila dua hidup telah sebati,akan susah untuk dileraikan.oleh itu memaafkan adalah jalan terbaik daripada bermusuhan.

      Sekian sahaja :-)