Sunday 31 May 2015

Seloka pelajar pra universiti

Nak kongsi sikit tentang pelajar kelas saya yang nakal belaka..
Terima la seloka kami ...

Ahlan wassallan kepada semua,
Mari sini dengar seloka,
Seloka dikarang untuk semua,
Sebelum itu Assalamualaikum ya.

Ibunda kami manis orangnya,
Sekali marah kecut semua,
Bersifat tegas dan caring orangnya,
Puan Naidah itulah namanya.

Sadan bachok monitor kami,
Orangnya kalut tidak terperi,
Walau hidup selalu buzy,
Namun tetap happy go lucky.

Beralih pulak ke assistant kami,
Pendek orangnya perasan tinggi,
Menjalankan tanggungjawab malas sekali,
NurAtika RAjak empunya diri.

Ceti haram dikelas kami,
Menagih kesana,menagih kesini,
Serupa ahlong mengutip cukai,
Itulah asmaini bendahari kami.

Tinggi lampai kurus orangnya,
Dikata pendiam tidak juga,
Hitam manis warna kulitnya,
Noorliliana empunya nama.

Norsahila pendiam orangnya,
Amat sukar untuk bersuara,
Bila dipanggil blur sahaja,
Comellah juga orannya.

Marlia dan Azliana duduk bersama,
Bila berborak lupa dunia,
Dimana-mana suka bersatu,
Bila berbicara berbahasa bajau.

Sungguh ganas gadis ini,
Setiap tindakan mencuit hati,
Si Erra si penakut kucing di kelas kami,
Tapi dialah juga taiko kami.

Seorang lagi kakak ini,
Baru masuk kelas kami,
Penjual nasi kuning tauke kelas kami,
Syazrina namanya pengenyang perut kami.

Alkisah seterusnya pasal seorang ni,
Amaoi pendiam baik hati,
Time balajar serius sekali,
Itulah sapina yang dikenali.

Tibalah pula giliran dia,
Mohamad Amri empunya nama,
Orangnya memang suka bergaya,
Tidak mengira tempat dan masa.

Diam-diam ubi berisi,
Suara merdu macam lelaki,
Tapi awas sudah berpunya,
Pendek orangnya Aniesah namanya.

Raiman orangnya suka termenung,
Dalam kelas ada penjaga,
Masa belajar selalu berangan,
Bila disoal tidak tahu apa-apa.

Lelaki pemalu dikelas kami,
Mohamad sarejan diberi nama
Sekali bersuara terdiam kami,
Bukanya apa nak dengar suara.

Jasman bari tinggi orangnya,
Hidung tinggi serupa Avatar,
Budak Atlit trip power,
Rajah tidur dialah orangnya.

Sekian sahaja seloka saya,
Harap terhibur bila membaca,
Ini hanya gurauan semata,
Harap maaf semoga suka.

  Sekian sahaja seloka saya ..
(Pelajar smkTungku lahad Datu

No comments:

Post a Comment